Assalamualaikum, Syukur Alhamdulillah, setelah beberapa kali mengolah resepi biskut sedap ini kerana ingin menghasilkan biskut yang boleh diterima oleh semua, akhirnya biskut coklat badam berserta pistachio atau pumpkin seed dikenali sebagai biskut Puzapate dapat dihasilkan !
Puzapate adalah biskut coklat badam yang lazat. Biskut yang diolah sehingga menghasilkan rasa yang lazat ini disukai ramai. Ini kerana setiap gigitan diliputi penuh coklat dan badam. Oleh itu, slogan ‘More Almond, More Chocolate’ digunakan. Bagi anda yang sukakan coklat, inilah masa untuk anda rasai. Bukan sahaja rasanya yang lazat, pistachio atau pumpkin seed dijadikan hiasan. Ini menjadikan hari anda bertambah ceria ! Tambahan pula, biskut disusun dalam bekas yang lebih kecil memudahkan anda membawa ke mana-mana sahaja.
Beginilah hasil biskut sedap selepas dibakar. Biskut ini disukai oleh keluarga sendiri, malah boleh tak sampai sehari habis sebalang ! Kawan-kawan juga seronok dapat merasa biskut ini. Apa kata anda dapatkan biskut puzapate ini bagi menikmati rasa biskut coklat dan badam berserta pistachio atau pumpkin seed.
Anda juga boleh bawa bekas biskut ini di mana-mana kerana saiz yang sedikit kecil. Senang untuk anda menyimpan di dalam handbag bagi wanita dan beg atau di mana-mana sahaja. Pastikan simpan di tempat yang sejuk dan kering. Walaupun bekas sedikit kecil, biskut ini disusun memenuhi setiap ruang dalam bekas.
Idea biskut coklat badam dihiasi pistachio atau pumpkin seed dengan rasa yang lazat ini terhasil apabila mencuba dan mengolah pelbagai resepi biskut. Sehinggalah biskut ini diminati seluruh ahli keluarga serta kawan-kawan juga memuji biskut kerana rasa yang lazat. Biskut sedap puzapate terhasil pada tahun 2020.
Apabila anda lihat gambar di atas, taburan coklat dan badam memenuhi adunan biskut. Coklat di potong dadu supaya adunan biskut ini dapat dibentukkan. Tak lupa juga, badam dipotong kecil-kecil. Gabungan coklat dan badam ini menghasilkan rasa yang sedap. Bagi menghasilkan biskut coklat badam atau almond chocolate cookies berbeza dengan biskut lain, pistachio dan pumpkin seed dijadikan sebagai hiasan di atas setiap biskut. Bagi peminat yang sukakan pistachio atau pumpkin seed. Inilah masanya untuk anda cuba !
Sejak dibangku sekolah lagi (lebih kurang 14 tahun lalu) sudah mula menghasilkan beberapa biskut dan kek kerana suka makan. Maklumlah, siapa nak buat jika bukan diri sendiri. Hanya buku-buku resepi dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menghasilkannya pada ketika itu. Tidak seperti zaman sekarang ini, di mana-mana sahaja anda boleh belajar di internet. Namun, tak ramai juga yang minat baking. Bagi yang teringin makan biskut, tetapi tidak suka baking, nak tak nak kena beli juga. Jom dapatkan biskut puzapate !
Bagi saya, biskut coklat badam berserta pistachio atau pumpkin seed ini adalah biskut yang paling sedap saya hasilkan.
Ya, bagi menyokong buatan muslim, biskut sedap puzapate ini juga dibeli sebahagiannya dari kedai tersebut. Biskut sedap ini dihasilkan oleh orang muslim bumiputera. Bagi menyokong buatan muslim, bahan-bahan biskut ini juga dibeli dari kedai muslim. Lagi-lagi tepung gandum yang unbleached, tanpa peluntur.
Sejak 14 tahun lalu, saya selalu ke kedai bakeri muslim yang dipanggil nama FBS Fast Bakery bertempat di Kemaman, Terengganu. Kini, kedai bakeri tersebut mempunyai ruang yang lebih besar dengan menempatkan beberapa bahan bakeri. Ini memberikan saya lebih kepuasan dalam memilih bahan-bahan bakeri di dalam kedai tersebut.
"Besarnya bekas biskut ni.. Nak simpan dalam beg pun tak muat… Carilah biskut puzapate ! Bekasnya boleh simpan dalam handbag perempuan tau…"
Bekas biskut ini mempunyai saiz lebih kurang diameter 8 cm dan tinggi 11 cm. Hah, handbag perempuan pon muat tau nak letak bekas ni.. Lepas ni, tak perlu risau dah nak bawa ke mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, biskut ini disusun dengan padat dalam bekas. Jimat ruang anda !
"Wah… Biskut coklat badam… Mesti sedap ni.. Apabila sampai di rumah dan merasa biskut tersebut… Baru tahu kandungan coklat dan badam tak banyak pun… Aduss.. menyesal beli… Eh, baru teringat biskut puzapate ! Jom lah beli biskut puzapate !"
Puzapate menghasilkan biskut yang penuh coklat dan badam untuk memberi rasa yang lazat. Lihatlah gambar adunan biskut sedap puzapate di sebelah. Pasti anda sukakannya. Eh, bukan itu sahaja.. Biskut ini ditambah pula green pumpkin seed atau pistachio di atas setiap biskut sedap. Pasti anda suka akan kelainan serta rasa yang sedap…
"Sekali-sekala teringin nak makan biskut, beli lah di kedai atau pasaraya. Apabila sampai di rumah dan terus ngappp masuk mulut. Perasaan tidak puas hati dengan rasa biskut yang dibeli, menyesal pun ada… Jangan risau dah lepas ni.. Biskut puzapate kan ada !"
Ya, biskut puzapate ni ramai orang suka ! Bermula ketika raya tahun 2020, melalui satu resepi dan diubah resepi itu beberapa kali. Sehinggalah, semua ahli keluarga suka ! Mak makan pun boleh habis… Apa lagi, kegembiraan di wajah semua ahli keluarga memberi kepuasan hati. Terus jatuh cinta dengan biskut puzapate !
Peminat coklat yang tercari-cari biskut yang penuh coklat dan badam
Pengantin yang ingin jadikan biskut sebagai goodies di hari bahagia
Sesiapa yang ingin mencari hadiah sempena hari istimewa orang yang tersayang
Sesiapa sahaja yang ingin dapatkan biskut coklat badam buatan Muslim Bumiputera
Bagi memastikan kesegaran biskut, biskut sedap ini dibuat beberapa hari sebelum atas selepas bayaran dibuat dari anda. Ini bagi memastikan anda menerima biskut yang baru dihasilkan supaya anda dapat menikmati biskut yang lebih lazat.
Selalunya makanan yang baru dimasak lebih lazat rasanya. Jadi, biskut ini dihasilkan ketika anda membuat pembayaran atau jika ada stok lebih mungkin beberapa hari sebelum anda membuat pembayaran. Rasa lazat pasti anda akan rasai ! InsyaAllah.
Setiap gigitan untuk setiap biskut puzapate menjadikan kudapan yang cepat dan mudah !
Rasa yang unik dengan biskut yang lembut, tetapi rangup isi badam di dalamnya berserta potongan coklat yang lazat. Tidak lupa juga, bijirin sihat; pistachio atau pumpkin seed dijadikan hiasan terletak di atas setiap biskut.
Keunikan rasa dan bentuk biskut coklat badam Puzapate ini memberikan anda lebih menikmatinya.
Tambahan pula, biskut puzapate ini tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Mengikut kajian, bahan pengawet tidak bagus untuk kesihatan jika berlebihan. Jika tidak meletakkan bahan pengawet, ia adalah keputusan yang baik untuk kesihatan anda.
Oleh itu, biskut ini bertahan selama 3 bulan bagi kesegaran untuk rasa yang lazat. Jika anda ingin tambahkan lagi jangka hayat biskut ini sehingga 6 bulan, tiada masalah, tetapi saya tidak menjanjikan rasa yang lazat. Jadi, habiskan sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
Tarikh biskut dihasilkan dan dijangka tamat ada ditulis pada bekas puzapate.
Packaging biskut puzapate yang menarik untuk anda ! Bagi menghasilkan design packaging yang lebih nampak menarik, sudah tentulah penghasilan design itu sendiri. Alhamdulillah, packaging yang terbaru telah dihasilkan.
TAWARAN PERCUMA UNTUK ANDA. Dapatkan 6 bekas cookies puzapate hari ini, dan anda akan menerima sebekas “Almond Chocolate Premium” bernilai RM13.
Almond Chocolate Premium ini juga saya mengolah sukatan resepi sehingga menjadi sedap dan boleh diterima semua. Sangat sedap dan berpuas hati ! Bukan sahaja sedap, badam dibakar terlebih dahulu supaya menjadi lebih rangup. Gabungan coklat dan badam pasti menceriakan hari anda.
Biskut Puzapate terdapat dua jenis iaitu Biskut Coklat Badam berserta Pistachio (Chocolate Almond with Pistachio Cookies) dan Biskut Coklat Badam berserta Pumpkin Seed (Chocolate Almond with Pumpkin Seed Cookies). Rasa biskut kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja rasanya. Perbezaannya adalah dari segi hiasan bijiran sihat, iaitu Pistachio dan Pumpkin Seed.
Biskut Coklat Badam berserta Pistachio atau Pumpkin Seed adalah biskut yang paling sedap saya hasilkan.
Berat : 180 gram
Jumlah : 30 biskut atau lebih
Berat : 180 gram
Jumlah : 30 biskut atau lebih
Bahan Biskut Puzapate : Tepung, Mentega, Gula, Coklat, Badam, Minyak, Soda Bikarbonat, Pistachio atau Pumpkin Seed
*Tidak mengandungi telur
InsyaAllah, kami yakin bahawa kami menghasilkan biskut coklat badam atau almond chocolate cookies yang benar-benar lazat di mana kami yakin anda sukakannya. Lebih-lebih lagi jika anda seorang peminat coklat dan badam.
Sekiranya, anda tidak menyukainya, anda boleh memaklumkan kepada kami melalui email atau whatsapp dalam masa seminggu selepas anda menerima biskut puzapate. Sertakan sekali dengan maklum balas dari anda supaya kami dapat memperbaiki kualiti biskut puzapate di masa hadapan.
Dihasilkan oleh muslim untuk muslim
Puas hati
Santai bersama keluarga
Membaca
Menonton televisyen
Melancong
Walaubagaimanapun, pengambilan coklat yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti, risiko migrain, struktur tulang lemah dan diabetes. Jadi, berpada-pada juga apabila memakan coklat.
Badam mengandungi vitamin, mineral, protein dan fiber.
Pitachio mempunyai sumber protein, antioxidants dan fiber yang sangat baik.
Pumpkin seed mempunyai sumber minyak dan magnesium yang baik
Sumber fakta menarik tentang badam, coklat, pistachio dan pumpkin seed diambil dari https://www.medicalnewstoday.com/
Minat bidang baking sejak di bangku sekolah lagi. Setiap tahun pulang ke kampung untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga. Pasti juadah biskut raya akan dibuat sendiri. Biskut dan kek dihasilkan hanya berpandukan buku resepi yang dibaca ketika itu. Kini, biskut coklat badam berserta pistachio atau pumpkin seed adalah biskut yang paling sedap dapat dihasilkan. Ahli keluarga dan rakan-rakan sangat berpuas hati dengan rasanya yang lazat.